PEMBAHAGIAN HABUAN RAYA 2019

Hira Society (Persatuan Hira) telah mengadakan event tahunan yang selalu di selenggarakan pada tiap-tiap tahun. Yakni, Iftar bersama dan pembahagian Habuan Hari Raya kepada masyarakat Islam Melayu Singapura yang memerlukan bantuan. Pada tahun 2019 ini sekitar 250 Keluarga telah menerima bantuan dari Persatuan Hira berupa wang dan kuih -kuih Hari Raya.

Acara IFTAR dan pembahagian Habuan Hari Raya dilaksanakan pada Hari Ahad, tanggal 02 Jun 2019 bertempat di Kaki Bukit Neigbourhood Park, Pukul 5 ptg hingga 7.30 malam. Acara ini di hadiri oleh tetamu terhormat Encik Shamsul Kamar (Penasihat Akar Umbi Aljunied GRC GROs), Founder Hira Society, Ustaz Rasman Bin Saridin, MA., Presiden Persatuan Hira Encik Alfien Khan Bin Lizan Khan dan beberapa Volunteer Hira Society.

Dana yang kami pakai untuk mengadakan event ini berasal dari bantuan para dermawan masyarakat Singapura yang bersedia memberikan sokongan berupa donation, infaq dan Zakat Harta. Sokongan yang Tuan/Puan berikan akan sangat bermanfaat bagi mereka yang memerlukan bantuan. tak lupa juga kami ucapkan banyak terima kasih kepada Tuan/Puan yang telah bersedia membantu kami. Semoga apa yang Tuan/Puan berikan kepada kami untuk bisa membantu masyarakat yang memerlukan mendapat balasan yang berlipat dari Allah Swt. Aamiin Ya Rabbal Alamin.

Video dokumentasi acara IFTAR dan Pembahagian Habuan Hari Raya Hira Society 2019 dapat anda lihat pada Channel Youtube di link berikut ini https://www.youtube.com/watch?v=TSXoVftXr0w&t=17s